Isnin, 22 Jun 2009

9 vs 1


     Suatu hari Hasan Al-Basri bersama dua orang sahabatnya bertandang ke rumah Rabi’ah Adawiyyah dengan tujuan meminangnya untuk salah seorang daripada mereka.Rabi’ah Adawiyah menyambut hasrat mereka itu dengan baik, tetapi dengan syarat mereka mestilah dapat menjawab soalan yang dikemukakan olehnya.Rabi’ah bertanya: “Berapa banyakkah nafsu lelaki dan berapa pula nafsu perempuan?” Lantas Hasan Basri menjawab: “Nafsu lelaki hanya satu, manakala nafsu perempuan sebanyak Sembilan nafsu.” Lalu Rabi’ah pun menyambut jawapan itu dengan katanya: “Jika benar demikian, kenapa kamu yang bernafsu satu tidak mampu menahannya sedangkan aku yang mempunyai Sembilan nafsu sanggup berbuat demikian?” Mendengar jawapan paku buah keras itu, Hasan Basri pun berlalu pergi bersama sahabatnya sambil menangis sehingga membasahi janggut mereka.
          Daripada gaya perjalanan cerita ini, jelas kepada kita bahawa bukanlah ungkapan lelaki mempunyai 9 akaldan 1 nafsu ;
Wanita mempunyai 9 nafsu dan 1 akal bermaksud tidak untuk merendahkan kaum hawa. Jauh sekali untuk menghina mereka.Bahkan cerita ini meningkatkan lagi martabat kaum hawa dan maruah diri mereka._Fikir-fikirkanlah…!!
Pendirian penulis di dalam isu ini mudah sahaja.Kisah-kisah atau pun ungkapan seperti ini tidaklah perlu diterima seratus-peratus kerana ianya bukanlah ayat daripada Al Quran dan hadith baginda Rasulullah.Namun begitu, ungkapan atau kisah-kisah seperti ini tidak boleh dinafikan seratus-peratus juga.Dibimbangi jika ungkapan atau kisah itu benar, maka secara tidak langsung kita telah berlaku dosa dengan menafikan dan menghukum sesuka hati…




Selasa, 19 Mei 2009


Rindu itu adalah, anugerah dari ALLAH, insan yang berhati nurani punyai rasa rindu”…Di sini, ana ingin mencoretkan sedikit sebanyak tentang erti rindu’.._rindu sebenarnya adalah satu anugerah Allah yang x ternilai harganya..Cuba kita berfikir sejenak.. Mengapa kadangkala Allah pisahkan kita dengan orang yang kita sayangi …???...dan tika terjadi perkara sedemikian, kita mengeluh, mengatakanmengapa dunia ini begitu kejam..!!..”..Hmm(“,).. Renung sejenak ..i2 maknanya ALLAH nak bagi kita satu hadiah yang aaaaamat berharga..’RINDU’…..

my_picturesQue

my_picturesQue

Al-Quran Player

apa Yang DicaRi....!?!