Jumaat, 30 Oktober 2009

Sabtu, 3 Oktober 2009

waLLpapER


LooKin' 4 Love


Ku sedar diriku telah jauh dari jalanmu...Kini ku sedang berusaha untuk kembali…Hidup dgn keadaan diri yg cukup gerunkan azab tuhan, hidup dalam kepuraan tidak bawa kemana...
Hanya bertemankan nafsu syaitan yg mengarahkan perbuatan...Hatiku kosong, pedih, rasa hina bila bersama mereka yg hatinya cintakan tuhan...Sakit...sangat sakit saat diri dalam sandiwara syaitan...Kalaulah aku tahu begini kesannya, aku xkan ikut telunjukmu syaitan...syaitan...sandiwaramu hebat, bisikanmu tepat, kata2mu berseni…Kerana janji telah kau patri untuk menyesatkan keturunan Adam…katamu couple boleh merilekkan minda, ada tempat nak share problem, ada org caring, rugi xcouple sbb kwn2 sume da couple..katamu lg…waktu couple macam2 bleh buat...sbb nnti last2 akan kawin jugak...


     Fuhlamak!!!!hebat perancangan ikhlas si syaitan..sebelum couple syaitan lalaikan kita dulu,syaitan kata kita sudah besar...perlu cari calon isteri...mesti cari yg baik2...
syaitan kata lagi...bila dah couple ni mesti ada rasa cemburu...kononnya cemburu tu tanda sayang...tapi hakikatnya cemburu itu buatkan hati yang pernah berseri kerana iman makin melayang jauh dari cintakan tuhan...hebat sungguh si syaitan laknatullah...
     Tipulah kalau ada kata couple ni banyak kebaikan dari keburukan...aku tahulah...aku dah lalui semua ini..kebaikan mmg ada tapi ibarat sebiji gula dalam seguni tahi…
sedarlah kawan2…perancangan syaitan hebat..kerana itulah kita kena sentiasa berwaspada..
TAPI NAK BERWASPADA MACAM MANA????solat pun tunggang langgang,sebut nama tuhan pun jarang, hubungan dgn Tuhan pun renggang..wahai sahabat..titislah air matamu hanya untuk untukNYA...DIA sgt merindui tangisanmu..marilah kita tarbiah kembali diri kita...kalau tidak kerana limpahan kasih sygNYA tidak mungkin kita di sini, bernafas dalam kesegaran nikmat TUHAN, berjalan di atas bumi Tuhan,wahai sahabat....^_^.:.

Ahad, 2 Ogos 2009

kuasa RAKYAT....!!!


Biar pun lebih setahun gelombang kebangkitan rakyat memuncak, namun belum nampak tanda-tanda ia kembali reda. Sebaliknya momentum itu terus membengkak.
IklanPerhimpunan di jalan raya tidak pernah surut biar pun berdepan dengan ugutan dan tangkapan oleh polis.
Bermula dengan himpunan Bersih, Hindraf dan semalam Mansuhkan ISA tetap mendapat sambutan biar pun risikonya tinggi.
Secara jelas pemerhati politik melihat rakyat semakin berani meluahkan rasa tidak puas hati mereka biar pun terpaksa berdepan dengan tangkapan polis.
Petang semalam sekali lagi puluhan ribu rakyat prihatin tidak patah semangat turun berdemontrasi di jalan raya menuntut dimansuhkan ISA, sebuah akta yang dianggap tidak bertamadun.
Sehingga jam 11 malam tadi polis Kuala Lumpur dilaporkan memberitahu seramai 589 peserta demontrasi aman termasuk 44 remaja bawah umur 18 tahun dan 40 wanita ditangkap di bawah Akta Polis 1967.

Turut ditahan pelajar institusi pengajian tinggi awam dan swasta serta pelajar sekolah menengah.

Pengerusi KeADILan Kelantan, Abdul Aziz Kadir berkata, kerajaan Barisan Nasional (BN) kini benar-benar terdesak apabila terpaksa memperalatkan pasukan polis bagi mengekang kebangkitan rakyat.

Bekas guru, Wan Yusof Wan Mustafa berkata, kerajaan BN tidak mampu lagi menghalang kemaraan rakyat biar pun digunakan begitu ramai anggota polis dan semburan gas pemedih mata.

"Teknik terdesak Umno menakutkan rakyat bagi menghalang kebangkitan mereka dengan menahan begitu ramai peserta demontrasi membangkitkan lagi kemarahan masyarakat.

"Rakyat makin bertambah faham dan berani menegak keadilan walaupun diancam dengan penahanan. Umno tiada pilihan lagi melainkan memansuhkan ISA," katanya di sini.

Beliau yang juga Adun Gual Ipoh berkata, memperlambatkan pemansuhan ISA akan mempercepatkan lagi proses kejatuhan kerajaan BN.

Katanya juga apa yang berlaku semalam polis seakan-akan menyediakan Umno tempat jatuh yang lebih tinggi sehingga tidak mampu bangkit lagi.

"Ini kerana perlembagaan tidak pernah menghalang perhimpunan secara aman, manakala tugas polis sepatutnya membantu melancarkan perarakan dan bukannya membuat provokasi dengan menembak gas pemedih mata dan water canon.

"Tanpa menahan rakyat yang berhimpun dan provokasi lain perarakan menyerah memorandum pastinya akan berjalan lancar," ujarnya.

Seorang pegawai pencen yang enggan dikenali berkata, kerajaan BN tidak mampu lagi menyekat kebangkitan rakyat biar pun terpaksa menggunakan ramai anggota keselamatan. - (HARAKAH)

Isnin, 22 Jun 2009

9 vs 1


     Suatu hari Hasan Al-Basri bersama dua orang sahabatnya bertandang ke rumah Rabi’ah Adawiyyah dengan tujuan meminangnya untuk salah seorang daripada mereka.Rabi’ah Adawiyah menyambut hasrat mereka itu dengan baik, tetapi dengan syarat mereka mestilah dapat menjawab soalan yang dikemukakan olehnya.Rabi’ah bertanya: “Berapa banyakkah nafsu lelaki dan berapa pula nafsu perempuan?” Lantas Hasan Basri menjawab: “Nafsu lelaki hanya satu, manakala nafsu perempuan sebanyak Sembilan nafsu.” Lalu Rabi’ah pun menyambut jawapan itu dengan katanya: “Jika benar demikian, kenapa kamu yang bernafsu satu tidak mampu menahannya sedangkan aku yang mempunyai Sembilan nafsu sanggup berbuat demikian?” Mendengar jawapan paku buah keras itu, Hasan Basri pun berlalu pergi bersama sahabatnya sambil menangis sehingga membasahi janggut mereka.
          Daripada gaya perjalanan cerita ini, jelas kepada kita bahawa bukanlah ungkapan lelaki mempunyai 9 akaldan 1 nafsu ;
Wanita mempunyai 9 nafsu dan 1 akal bermaksud tidak untuk merendahkan kaum hawa. Jauh sekali untuk menghina mereka.Bahkan cerita ini meningkatkan lagi martabat kaum hawa dan maruah diri mereka._Fikir-fikirkanlah…!!
Pendirian penulis di dalam isu ini mudah sahaja.Kisah-kisah atau pun ungkapan seperti ini tidaklah perlu diterima seratus-peratus kerana ianya bukanlah ayat daripada Al Quran dan hadith baginda Rasulullah.Namun begitu, ungkapan atau kisah-kisah seperti ini tidak boleh dinafikan seratus-peratus juga.Dibimbangi jika ungkapan atau kisah itu benar, maka secara tidak langsung kita telah berlaku dosa dengan menafikan dan menghukum sesuka hati…




Selasa, 19 Mei 2009


Rindu itu adalah, anugerah dari ALLAH, insan yang berhati nurani punyai rasa rindu”…Di sini, ana ingin mencoretkan sedikit sebanyak tentang erti rindu’.._rindu sebenarnya adalah satu anugerah Allah yang x ternilai harganya..Cuba kita berfikir sejenak.. Mengapa kadangkala Allah pisahkan kita dengan orang yang kita sayangi …???...dan tika terjadi perkara sedemikian, kita mengeluh, mengatakanmengapa dunia ini begitu kejam..!!..”..Hmm(“,).. Renung sejenak ..i2 maknanya ALLAH nak bagi kita satu hadiah yang aaaaamat berharga..’RINDU’…..

my_picturesQue

my_picturesQue

Al-Quran Player

apa Yang DicaRi....!?!