Ahad, 2 Ogos 2009

kuasa RAKYAT....!!!


Biar pun lebih setahun gelombang kebangkitan rakyat memuncak, namun belum nampak tanda-tanda ia kembali reda. Sebaliknya momentum itu terus membengkak.
IklanPerhimpunan di jalan raya tidak pernah surut biar pun berdepan dengan ugutan dan tangkapan oleh polis.
Bermula dengan himpunan Bersih, Hindraf dan semalam Mansuhkan ISA tetap mendapat sambutan biar pun risikonya tinggi.
Secara jelas pemerhati politik melihat rakyat semakin berani meluahkan rasa tidak puas hati mereka biar pun terpaksa berdepan dengan tangkapan polis.
Petang semalam sekali lagi puluhan ribu rakyat prihatin tidak patah semangat turun berdemontrasi di jalan raya menuntut dimansuhkan ISA, sebuah akta yang dianggap tidak bertamadun.
Sehingga jam 11 malam tadi polis Kuala Lumpur dilaporkan memberitahu seramai 589 peserta demontrasi aman termasuk 44 remaja bawah umur 18 tahun dan 40 wanita ditangkap di bawah Akta Polis 1967.

Turut ditahan pelajar institusi pengajian tinggi awam dan swasta serta pelajar sekolah menengah.

Pengerusi KeADILan Kelantan, Abdul Aziz Kadir berkata, kerajaan Barisan Nasional (BN) kini benar-benar terdesak apabila terpaksa memperalatkan pasukan polis bagi mengekang kebangkitan rakyat.

Bekas guru, Wan Yusof Wan Mustafa berkata, kerajaan BN tidak mampu lagi menghalang kemaraan rakyat biar pun digunakan begitu ramai anggota polis dan semburan gas pemedih mata.

"Teknik terdesak Umno menakutkan rakyat bagi menghalang kebangkitan mereka dengan menahan begitu ramai peserta demontrasi membangkitkan lagi kemarahan masyarakat.

"Rakyat makin bertambah faham dan berani menegak keadilan walaupun diancam dengan penahanan. Umno tiada pilihan lagi melainkan memansuhkan ISA," katanya di sini.

Beliau yang juga Adun Gual Ipoh berkata, memperlambatkan pemansuhan ISA akan mempercepatkan lagi proses kejatuhan kerajaan BN.

Katanya juga apa yang berlaku semalam polis seakan-akan menyediakan Umno tempat jatuh yang lebih tinggi sehingga tidak mampu bangkit lagi.

"Ini kerana perlembagaan tidak pernah menghalang perhimpunan secara aman, manakala tugas polis sepatutnya membantu melancarkan perarakan dan bukannya membuat provokasi dengan menembak gas pemedih mata dan water canon.

"Tanpa menahan rakyat yang berhimpun dan provokasi lain perarakan menyerah memorandum pastinya akan berjalan lancar," ujarnya.

Seorang pegawai pencen yang enggan dikenali berkata, kerajaan BN tidak mampu lagi menyekat kebangkitan rakyat biar pun terpaksa menggunakan ramai anggota keselamatan. - (HARAKAH)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

my_picturesQue

my_picturesQue

Al-Quran Player

apa Yang DicaRi....!?!